Sunday, February 17, 2013

Kempen Menutup Aurat & Street Dakwah Anjuran #TeamHijrahKelantan


Assalamualaikum wbt

InsyaAllah kali ni nak cerita pasal kempen tutup aurat dan street dakwah. Event ni berlaku semalam. Alhamdulillah diberi keizinan, kelapangan dan kesihatan untuk hadir. Alhamdulillah
Sesiapa yang masih blur-blur dengan apakebenda #TeamHijrah ni meh nak share cerita sikit. Sekadar pengetahuan dan pemahaman peribadi sendiri lah k. #TeamHijrah ni kumpulan, geng-geng, puak-puak, orang yang MAHU MENGUBAH DIRI ke arah kehidupan yang lebih baik melalui, penampilan, pergaulan, percakapan, dan lenggok perlakuan. Dengan izin Allah.  Tak pasti  #TeamHijrah founder who is she tapi saya yakin ia berasal dari Twitter seperti #TeamKhemah oleh Aisyah Syakirah sebelum diwujudkan group di FB untuk mengumpulkan orang dan alhamdulillah, boleh bergerak sehingga ke dunia luar nak mengajak orang untuk berubah! Allahu akbar! Semangat jihad cerminan Rasulullah.

Kami

IMG-20130216-01333

Jam 8.40 pagi aku sampai di Masjid Muhammadi Kota Bharu, daftar diri, slot ceramah dan pembahagian group. Semuanya ada 7 group, aku diamanahkan untuk handle satu group ini yang semuanya comel-comel belaka. Gembira dapat berkenalan dengan kalian. Group kitorang diberi tugas buat sepanduk kecil. Yang mana atas kertas tu kami tulis kata-kata semangat, motivasi, nasihat, amaran dan tawaran bagi 
sesiapa yang menutup aurat atau melanggar suruhanNya

IMG-20130216-01347
IMG-20130216-01353
Doakan adik ni bila besar nanti jadi abang, suami, bapa dan datuk yang baik kepada keluarganya dengan mengajarkan adik, isteri, anak2 & cucunya menjadi wanita solehah dunia & akhirat. Ameen.

IMG-20130216-01356

IMG-20130216-01354

Macam masuk pertandingan melukis kan? Best pulak main conteng-conteng camni. ^__^


IMG-20130216-01361

Hasilnyaa...

IMG-20130216-01358


IMG-20130216-01364

IMG-20130216-01365
IMG-20130216-01366
IMG-20130216-01367

Adik kat depan 2 orang ni baru 15 tahun, Form 3, tapi sudah mula berjinak-jinak join program dakwah seperti ni. InsyaAllah 3-4 tahun lagi diorang plak yang akan creat event sendiri yang lebih besar dan baguss lagi. Saya doakan mereka :')

Masa ni kami dah nak bergerak ke street dakwah. Sesambil tu edar pamplet. Ada yang menyambut dengan baik & ramah, tak kurang juga yang menolak dan ada yang ambil tapi masam mencuka mukanya. Hewhew. Group aku dan Wani, my fasi partner dapat sekitar Parkson. Alhamdulillah suka tempat ni. Strategik untuk buat street dakwah sebab kat sana ramai orang. Dia ada traffic light kat situ yang mana sangat sesuai untuk berdiri kat tengah-tengah tu sambil pegang banner buatan sendiri. Walaupun tak sehebat mana rupanya tapi insyaAllah mesej yang ditulis itu dari hati. Yang dari hati mesti terkesan di hati juga ;)

IMG-20130216-01368

IMG-20130216-01369
IMG-20130216-01370

IMG-20130216-01372

Hah, gambar ni ada cerita sedih di sebaliknya. Tengok gambar punnn dah nampak sedih kan? Sobs sobs :(
Ceritanya begini, masa perjalanan pergi tu kami lalu di tepi bangunan Parkson di situ ada pasangan couple tengah duk sembang kat bangku. Yang lelaki ber T-shirt dan seluar jeans tapi yang perempuannya ber-tshirt lengan pendek, jeans, & tudung singkat xlepas dada. Aku g tempat dorang, bagi salam dan bagi pemplet tu kat diorang. Masa tu muka dorang dah terkejut monkey sikit sebab ingat aku nie ejen pencegah maksiat barangkali? Yelah mungkin sebab kawan aku kat sebelah ni bertudung litup hanya nampak kedua biji mata. Hehe. Tapi cepat2 aku cakap, ''kami tengah buat kempen tutup aurat cikk..boleh baca ni insyaAllah.. Boleh jadi yang lebih baik'' *senyum nampak gigi* Lepas tu dia senyum dan kami beredar. Masa perjalanan balik, aku lalu laluan yang sama dan ini lah yang aku nampak. Aku sangat pasti bangku tu bangku yang sama masa aku bagi pemplet tu kat dorang tapi malangnya hanya ini yang tertinggal... Masa tengok tu, aku sedih, tapi lepas tu aku tersenyum. Entah kenapa. Huhu.. Takpe, yang aku tahu, hidayah milik Allah. Tugas kita hanya menyebar dakwah dan mengajak orang. Hidayah Milik Allah.

IMG-20130216-01374
Bergambar sebelum balik ke masjid. Masa ni ada mat saleh Muslim join skali kami bergambar malangnya tidak ter'save' di dalam handphoneku.

IMG-20130216-01376Tutuplah auratmu ukhti-ukhtiku sayang.
Antum mampu mengubahnya.
InsyaAllah selamat dunia & akhirat.
Aurat Saya Maruah Saya <3


Terima kasih saya tujukan khas kepada ajk-ajk pelaksana dan sponsor Team Hijrah Kelantan kerana wujudkan event ni di Kelantan. Sebelum ni hanya melihat gambar yang dibuat di tempat orang. Bila dapat join sendiri, barulah rasa macam mana pahit manis nak mengajak orang dan yang lebih penting, diri sendiri dapat semangat dan 'jalan' baru untuk berubah.. InsyaAllah. Doakan saya ya untuk jadi seperti ini... ;)


IMG-20130216-01380

P/s: Akan diwujudkan kempen ini di Labuan. InsyaAllah barisan MT SM dan ME Lajnah Dakwah & Kepimpinan Sekretariat Masjid akan lakukan.
#TeamHijrahLabuan soon.. Mohon doanya :')

No comments: