Pernahkah
hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun
hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku,
" Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi''
Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.
(Surah Ali 'Imran 3: 8)
Allah lebih tahu
" Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi''
Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.
Hidayah itu umpama satu papan tanda.
Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita
mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang
seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah
sampai ke destinasi yang kita tuju.
Tapi sekiranya kita berpaling
daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang
lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya
kita akan tersesat.
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."
(Surah Maryam 19:76)
(Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan
hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah
orang yang menerima hidayah Allah ni.
Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar
Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah
yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak
tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang
seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh
lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin seronok pula
rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak
dihilangkan.
Haa, sebab tu lah bila dah buat
dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya dah sebati
dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.
Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Macam-macam lagi yang Allah suruh
kita buat dan tinggalkan. Tapi pasti ada sahaja alasan yang kita
berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak
halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.
Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.
Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah.
Hanya Dia yang berhak menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang
yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat
dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat
dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak
kawan-kawan atau keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka
tak nak ikut.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(Al-Qasas :56)
Kita tak mampu untuk memberi hidayah kepada orang yang kita pilih, orang yang kita sayang, orang yang kita target, itu hak Allah. Tapi kita mampu untuk terus mengajak dan mengajak..
Walaupun Rasulullah SAW pun tak
mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan
hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha
menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka
terima atau tidak, semua itu kerja Allah.
Jadi tersangatlah beruntung orang
yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah
berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.
Hidayah ni tidak akan datang
bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci
kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila
orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu
tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada
di tangan kita.
"
Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan
petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)."
(Surah Yunus 10: 25)
(Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita
dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita
menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus
menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk
merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah
kunjung tiba lagi?
Andainya ini hidayah terakhir...
Mari beramal dengan doa ni.
"Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan
setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."(Surah Ali 'Imran 3: 8)
Allah lebih tahu
No comments:
Post a Comment