Friday, September 14, 2012

Umur 20 Tahun Dah Kahwin

Assalamualaikum dan selamat berpuasa di bulan Ramadan ini

Entri ni aku nak cakap pasal umur dan orang kahwin. Maksud aku orang kahwin muda. Bukan pasal Ramadan. Oh what's wrong with me? Dah nak kahwin? Erk, tak tak.. Just impressed with them yang kahwin awal lebih-lebih lagi bila tahu yang diorang sama umur dengan aku! 20 tahun dah berstatus married, husband and wife. Hubby wifey. Does it not enough to made we feel blessed? Alhamdulillah for them.

Antara blogger yang aku kenal berumur duapuluh tahun yang dah berkahwin:

Dena Bahrin
Aku percaya orang yang kahwin awal, kahwin muda, sebab faktor tertentu yang memerlukan mereka memilih untuk berkahwin awal, contohnya Dena ni, sebab kehendak keluarga. Keluarga dia redha dan merestui dia untuk berkahwin pada masa tu dengan pasangan pilihan keluarga dia juga.

Muhsin & Mira
Tetapi niat diorang semua sama. Menghindar daripada dosa. Selain dituntut agama perkahwinan itu sendiri adalah ibadah. Salah satu menuju kesempurnaan iman dan memelihara diri daripada terus bergelumang maksiat dengan memilih bercouple lama-lama. Cara paling selamat dan terbaik dalam Islam adalah dengan perkahwinan. Bukan couple.


Irine Nadia
Bagi aku, berkahwin bukan kerja mudah. Persiapan rohani paling perlu dititikberatkan daripada fizikal semata-mata. Melayari alam rumahtangga yang serba baru memerlukan fikiran yang mampu berfikir dengan matang dan ilmu yang secukup-cukupnya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, pelajar, dan anak kepada kedua ibu bapa dan ibu bapa kepada anak-anak. Semua tu memerlukan tanggungjawab dan komitmen. And, for them, aku rasa mereka dah cukup semua ni. How can they choose to be married while they can't face it? Im sure they all have considered about this thing more than us. The single. May Allah bless them :)

Taufiq & Sarah
Semoga mereka hidup bahagia bersama-sama dengan pilihan hati mereka dan mengharungi perjalanan yang masih jauh berliku-liku sebagai sepasang suami isteri. Sabrena dah mula ayat sastera die ha.


P/s: Dulu aku pernah tergila-gila nak kahwin awal. Pernah. Tapi sekarang dah macam tak se-excited dulu. Entah lah.. Aku rasa diri aku ni banyak lagi kekurangan perlu penambaikan untuk berumahtangga. Bukan setakat tahu masak je cakap dah boleh kahwin, itu bukan keutamaan, ilmu agama yang menjadi keutamaan. Nanti dah ada anak, aku nak didik anak aku macam mane kalau tak de ilmu agama? Tajwid bacaan al Quran aku pun masih belum sempurna. Nanti anak-anak aku lak gelakkan aku. Seriously aku dah jauh berangan. Just cut it off. Eloklah sekarang aku tunaikan tanggungjawab aku kepada agama, anak dan pelajar dulu. InsyaAllah. Aku percaya jodoh aku ada Allah dah sediakan. Jemputlah diriku bila tiba saat dan tikanya dengan perkhabaran gembira. Pergh ayat. Hee. Ok bye assalamualaikum.

p/s 2 : Dalam banyak2 aku suka perkahwinan Dena, love after marriage is forever the sweetest and cutest in Islam. ;)

May Allah Bless.
Jkk.

1 comment:

nurkina said...

Welcome back...after a long "silent" now come back with a post about kahwin". is that a sign? =)