Sunday, September 16, 2012

Ini Yang Muslimah Inginkan

Rasa seronok dan tenang melihat Facebook muslimin yang tak banyak post dan komen budak perempuan. Atau lebih tepat lagi, yang menjaga ikhtilat. Bukan setakat di luar saja, tapi di Facebook jugak. Sebab dari Facebook kita boleh nampak semuanya. Sungguh, aku hormat lelaki sebegini.
Berilah komen yang bermanfaat,
bukan kerana suka-suka.
bukan kerana kamu bosan.
bukan kerana nak buat baik atau buat-buat baik.
Tepuk dada, tanya iman.
Lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri, dan juga kepada orang lain.
Sungguh, aku sangat menghormati muslimin macam ni.
Kematangan seseorang itu dapat dilihat dari situ.
Wahai lelaki,
ketahuilah,
jiwa wanita ni lembut, sensitif, dan mudah sekali perasan terasa.
Ibarat bunga, jangan suka-suka menyentuh, jika tiada niat untuk memetik.
Kadang-kadang, muslimah ini, ada yang mahu menjaga, tak mahu sekalipun ada lelaki yang beri komen di wall post nya, tapi disebabkan adanya muslimin yang tak menjaga, rosak semuanya, pendirian yang dipegangnya, kemahuannya, rapuh. Ibarat kertas yang sudah menjadi kotor, kotor dek komen dan post daripada muslimin yang tidak berfaedah.
Kerana apa saya mengatakan begini? Sebabnya, hal ini telah memberikan pandangan negatif dan prasangka bagi kawan-kawan/sahabat-sahabat dan lebih parah, ibu bapa muslimah itu!
Siapa lelaki itu?
Kenapa dia begitu?
Apa tujuan dan matlamat dia?
Suka-suka? Untuk apa suka-suka?
Adakah ukhuwwah itu begitu caranya?
Tidak terjalinkah ukhuwwah kalau tidak buat begitu?
Jadi ukhuwwah itu dinilai dengan keakraban berkomen/wall post di Facebook la ya?
Fikirkan apa tujuan kita berkawan, menjalinkan ukhuwwah, apa matlamat kita, dan adakah cara sebegitu yang paling berkesan dan memberi manfaat?

Pernah terfikir, boleh tak aku mendapat suami yang takde Facebook? Kalau ada pun, hidupnya bukan banyak untuk itu. Hidupnya diisi untuk Islam, dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah dan andai aku dapat suami yang sebegitu, itulah hadiah yang paling aku syukuri dalam hidup ni. Menjaga pergaulannya, luaran dan dalamannya. Ya Allah.. Indahnya lelaki itu. Kehebatannya bukan diukur di Facebook, kealimannya bukan dinilai dari hebatnya memberi kata-kata di status Facebook, tetapi kehebatannya dinilai dari aktivitinya di dunianya yang sebenar untuk agamanya dan amal ibadahnya kepada Tuhannya. Ya Allah.. Indahnya lelaki itu!

Image

No comments: