"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi stok ustazah-ustazah ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi
dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah,
terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu
berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia
sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
Tidak! Sama sekali bukan munafik
orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan
orang bijak dan berani.Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya
kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Allah!
Maka, janganlah berhenti.
Dalam
banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan
diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan
kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga.
Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi.
Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu
wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan
masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan
perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu
bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak.
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia
tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat
terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi
sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau
batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita
hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak
memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita
tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi
manusia yang baik! Lama kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang
terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada
ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa
kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Jangan
peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah
pasti akan suka,jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka.
Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang
orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"
Sumber: iluvislam.com
No comments:
Post a Comment