Gerhana Bulan, 10 Disember 2011 |
Disaat aku menulis ini, dgn perasaan yang bercampur aduk. ya Allah..lapangkanlah dada hambaMu yang kerdil ini.
Malam ni, alhamdulillah, dgn izinNya, aku dapat tengok gerhana bulan. MasyaAllah! Indahnya ciptaanMU! bersyukur juga aku berada dipulau ni..awan tak tebal sangat, dan boleh nampak dengan jelas. Buat pertama kalinya, hari ni, malam ini, aku menunaikan solat sunat gerhana bulan. Lepas tu dibaca beramai-ramai zikir2 munajat..ya Allah..betapa tersentuhnya hati ni..sebak..segaligus aku terdiam..xmampu lidah ni menyebut..menghayati. betapa banyaknya dosaku padaMu..Allah.. T.T
Pada masa yang sama..malam ni ada battle of the band punya competition di Dewan Utama. Seketika aku dgn Azima berehat di sebuah bangku menunggu melihat gerhana dan solat sunat, Azima bersuara, ”sedihkan..program2 macam ni, ramai yang pergi..tp bila suruh ke masjid, ……” mata ak fokus org2 yang berjalan didepan kami yg destinasinya ke Dewan Utama itu.. ramai..
Terdetik dihati, macam mana nak menyedarkan mereka ? macam mana nak mengajak mereka? Hatiku menjawab..semua itu atas kesedaran sendiri. Tuanglah seberapa banyak petrol pun takkan berjalan kereta kalau enjinnya tak berfungsi.. Mengeluh.. Teringat perjuangan Nabi Muhammad menyebarkan Islam sampai ke tahap ini. Sampai zaman ini.. Zaman akhir zaman.. terasa tergalas satu tanggungjawab yang amat berat dibahu ini untuk mengubah sesuatu yang amat besar ini.
Mohon kekuatan dan bantuan ya Allah!
No comments:
Post a Comment