Friday, August 26, 2011

Untuk Kau Yang Diuji

Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza. Mungkin kau rasa Allah beri dugaan yang paling berat dalam hidup kau..kau rasa kau tak mampu pikul, kau mengeluh dan menyalahkan takdir.. tapi lama-lama, kau akan sedar, kerana ujian itulah kau berasa dekat dengan dia, sebab kau tak tahu nak mengadu dekat sapa lagi, akhirnya kau akan pulang jugak ke pangkuanNya. Tanpa kau sedar, ujian itu mendekatkan diri kau dengan Tuhan. apakah ini namanya juga hidayah ? Ujian aku, kau, mereka, tak pernah sama. kau kena kuat, menyelesaikan masalah kau. Kau tengok orang lain hidup gembira je, tapi kau tak pernah berdiri dalam kasut mereka pun. Mungkin ujian hidup mereka lagi berat dari kau.. tapi mereka kuat dan tenang menghadapinya. InsyaAllah, kalau kau redha dengan ketentuan Allah, kau rasa ujian ini manis dan bersyukur diuji sebegini dan sebegitu. Pujuklah hati untuk menerima segala kesusahan, keperitan, kesakitan dalam hidup kau sebagai ujian dan tarbiyah dari Nya. Insan yang diuji itu tanda Allah sayang sebenarnya. Jadi, tiada guna kau bersedih dan bermurung dengan segala kesulitan dalam hidup kau. okey? aku harap kau kuat. :)

2 comments:

TantePiya said...

ujian tu sebenarnya nak pebetul diri kita sendiri sebenarnya. bersukurlah di uji wahai 'kau'

hehe

Nur Addin Sabrena said...

hehe, bersyukurlah walaupun perit :)