Friday, November 26, 2010

Syabab Musafir Kasih


Sebuah novel Islamik yang sangat menyentuh jiwa. Sungguhlah aku insaf baca buku ini, terasa diri ini di tazkirah,  muhasabah seketika.
Syabab, pemuda, wataknya buat aku kagum. dari seorang anak yatim, tandus kasih sayang, dipulau diejek dihina, tidak berharta, akhirnya menjadi seorang pemuda yang soleh, bersemangat waja menyebarkan dakwah Islam kepada pemuda2. menjadikannya lelaki yang cukup soleh.
kisah derita di zaman kanak-kanaknya membuatkan aku mengalirkan air mata. sedihhhh T T
musafirnya di Damsyik, berguru dengan syeikh di sana, indah, semangat, jatuh hati.
Penulis ni berjaya menambat hati ku untuk ke sana juga, suatu hari nanti. *InsyaAllah*

Memilih wanita berumur, janda, mempunyai 4 orang anak sebagai isterinya. meskipun ada lagi yang lagi cantik menanti pinangannya menambah2 kan lagi respect aku kat Syabab ni. nak husband macam Syabab ngee..
Tahu diri ini tidak layak langsung, tapi tak salah pun untuk berharap kan. berusahalah untuk menjadi yang lebih baik. untuk diri sendiri dan 'orang lain' juga.

''sering kali terbit di hati,
apa yang dimiliki rasa tak mencukupi,
milik orang lain nampak sempurna,
seolah tiada cacat cela,
ketahuilah,
nasib yang menimpa ketika ini,
itulah yang terbaik sebagai penguji,
bukan untuk disesali,
tapi untuk memajukan diri'' 
-Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd Noordin.

3 comments:

Hannah Hamra said...

saye ade novel syabab tapi xbace lagii, ingat ke xbest hehe

s a b r e n a said...

best3. baca lah. boleh jatuh air mata. hhu

Nordin said...

haha. ko pun terasa ingin ke damsyik jugak ka? :)