Monday, October 29, 2012

Apabila Hidayah Itu Menyapa

Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, 

" Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi''
 
Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.

Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah  sampai ke  destinasi yang kita tuju.
Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  
(Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah Allah ni.
Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan.
Haa, sebab tu lah bila dah buat dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya dah sebati dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.
Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan. Tapi pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.
Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.
Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan atau keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." 
(Al-Qasas :56)
Kita tak mampu untuk memberi hidayah kepada orang yang kita pilih, orang yang kita sayang, orang yang kita target, itu hak Allah. Tapi kita mampu untuk terus mengajak dan mengajak..
Walaupun Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.
Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.
Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.
" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." 
(Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?
Andainya ini hidayah terakhir...
Mari beramal dengan doa ni.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(Surah Ali 'Imran 3: 8)



Allah lebih tahu


Tuesday, October 9, 2012

Bajet Baik?

Dakwah itu wajib
Ayat-ayat di dalam Al Quran dan Hadis begitu banyak menyatakan perihal kewajipan berdakwah bagi seorang muslim.
Saya rasa semua orang pun tahu...
Jadi,

saya nak berdakwah, boleh?

Tak nak ikut, takpew, tapi janganlah anggap saya 'bajet baik' pula
Sekurang-kurangnya saya dah lepas tanggungjawab saya.

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata:

"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "Agar kami punyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa" (Al- Araf ayat 164 )
 
Maka itu, kalau ada yang kata kau bajet, kau balas lah
"Aku bukan nak bajet baik, tapi memang baik pun. Kau bila nak jadi baik?"
 
Hihi. Babai :)

Sunday, September 16, 2012

Ini Yang Muslimah Inginkan

Rasa seronok dan tenang melihat Facebook muslimin yang tak banyak post dan komen budak perempuan. Atau lebih tepat lagi, yang menjaga ikhtilat. Bukan setakat di luar saja, tapi di Facebook jugak. Sebab dari Facebook kita boleh nampak semuanya. Sungguh, aku hormat lelaki sebegini.
Berilah komen yang bermanfaat,
bukan kerana suka-suka.
bukan kerana kamu bosan.
bukan kerana nak buat baik atau buat-buat baik.
Tepuk dada, tanya iman.
Lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri, dan juga kepada orang lain.
Sungguh, aku sangat menghormati muslimin macam ni.
Kematangan seseorang itu dapat dilihat dari situ.
Wahai lelaki,
ketahuilah,
jiwa wanita ni lembut, sensitif, dan mudah sekali perasan terasa.
Ibarat bunga, jangan suka-suka menyentuh, jika tiada niat untuk memetik.
Kadang-kadang, muslimah ini, ada yang mahu menjaga, tak mahu sekalipun ada lelaki yang beri komen di wall post nya, tapi disebabkan adanya muslimin yang tak menjaga, rosak semuanya, pendirian yang dipegangnya, kemahuannya, rapuh. Ibarat kertas yang sudah menjadi kotor, kotor dek komen dan post daripada muslimin yang tidak berfaedah.
Kerana apa saya mengatakan begini? Sebabnya, hal ini telah memberikan pandangan negatif dan prasangka bagi kawan-kawan/sahabat-sahabat dan lebih parah, ibu bapa muslimah itu!
Siapa lelaki itu?
Kenapa dia begitu?
Apa tujuan dan matlamat dia?
Suka-suka? Untuk apa suka-suka?
Adakah ukhuwwah itu begitu caranya?
Tidak terjalinkah ukhuwwah kalau tidak buat begitu?
Jadi ukhuwwah itu dinilai dengan keakraban berkomen/wall post di Facebook la ya?
Fikirkan apa tujuan kita berkawan, menjalinkan ukhuwwah, apa matlamat kita, dan adakah cara sebegitu yang paling berkesan dan memberi manfaat?

Pernah terfikir, boleh tak aku mendapat suami yang takde Facebook? Kalau ada pun, hidupnya bukan banyak untuk itu. Hidupnya diisi untuk Islam, dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah dan andai aku dapat suami yang sebegitu, itulah hadiah yang paling aku syukuri dalam hidup ni. Menjaga pergaulannya, luaran dan dalamannya. Ya Allah.. Indahnya lelaki itu. Kehebatannya bukan diukur di Facebook, kealimannya bukan dinilai dari hebatnya memberi kata-kata di status Facebook, tetapi kehebatannya dinilai dari aktivitinya di dunianya yang sebenar untuk agamanya dan amal ibadahnya kepada Tuhannya. Ya Allah.. Indahnya lelaki itu!

Image