Monday, July 14, 2014

Internship

Bismillahirahhmanirrahim ~

Rasa kekok semacam nak menulis dalam blog ni balik. Click "new post" feel like ohhh have I doing this before?
Hehe. 

Nak update pasal life aku sekarang. My Life My Story gitu kan~ 
So, taktau mana nak start. 
Start dari current situation la kan. Pastu baru kita buat sesi throwback k.
Ada ke yang baca? Hahahahah. Tapi aku fikir blog ni macam perkongsian hidup akulah sehingga ke hayat ini, if one day i'm gone, my family, my friends, my beloved people boleh baca diari aku ni sebagai pengubat rindu~ Ia jugak sebagai nak menunjukkan yang aku telah hargai setiapa apa yang berlaku dalam hidup aku ni dengan izinNya. :') So, sebelum aku pergi lebih emo baiklah aku stop sekarang.

Dah 2 minggu 2 hari aku mulakan praktikal di pejabat KADA Bahagian Industri Asas Tani di Pasir Hor, KB. Sampai sekarang, aku boleh cakap, banyak masa aku bazirkan sebab tak buat banyak kerja pun! Aku expect tinggi masa 1st day lapor diri kat sini. Which means I can apply the knowledge about marketing in here but till now, like 'doing nothing'. Lil bit upset but I always have faith that in the future after Raya I will get something more than these. 






Masa ni ada Kursus Rancangan Perniagaan yang dorang anjurkan kat sini selama 2 hari. Makcik2 kat kampung yang berniat nak bukak perniagaan sendiri dan telah isi borang akan dipanggil untuk menghadiri kursus ni. Anak muda pun ada tapi sangatlah sikit jumlahnyerr. Diorang akan ajar sedetails mungkin tentang rancangan perniagaan yang makciks sekalian ingin jalankan. Aset tetap, aset semasa, anggaran jualan, untung rugi semua. Lagipun bila ada hitam putih atas kertas ni macam senanglah dorang nak mintak bantuan dan tajaan dari KADA seperti mesin freezer ke mixer ke loyang ke peti ais sejuk beku ke. Haa gitu.
Kalau kat KAL dulu budak2 SPKAL mesti tau sebab kitorang pun pernah buat Business Plan ni sebagai assignment kitorang. Tapi manalah ada pergi kursus2 bagai. Hihi.

Setakat ni, tu jelah yang aku dapat pengalaman sikit kat sini. Kerja aku menaip balik RP diorang yang atas kertas tu masuk dalam Microsoft Word & Excel. Terasah lah sikit skill aku pakai Excel ni walaupun banyak error error sampaikan RUGI perniagaan makcik tu aku kerjakan. Hahahaha sorry makcik saya tak power lagi guna Excel masa tu. >__< Nasib baik lepas tu aku baiki balik skill guna Excel aku tu sampai Aliran Tunai tu bukan dalam kurungan. Maknanya untunglahhh hehe.



Antara produk-produk usahawan KADA yang telah berjaya dikeluarkan dan dipasarkan. Semuanya konsep citarasa Pantai Timur. Buah rotan dan gegetas ni sangatlah Pantai Timur tauuu only Pantai Timur people know the taste. Heheh
Kat bawah ni plak bilik pembungkusan produk-produk tadi dan kat sini jugaklah penempatan kitorang. Tiada bilik khas. Tapi bersyukurlah je lahh k. Setakat ni 5 orang pelajar intern termasuk aku. Tapi sadisnya, tak ada kerja yang nak dibuat. Huhu




The end

Next entry nak buat #throwback lah tempat-tempat menarik yang aku pernah pergi. Mood nak travel je sekarang niee :)

Monday, June 24, 2013

Ended of Second Year Student


It's about 100 times I said I cannot go through this semester but hey look, I have ended this completely and beautifully. Why? Because there's something (a lot actually) I've learned from that. 

Allah will not give us what we can't afford to carry on and He will not give what we wanted, instead of what we needed. Ya Rabb, the heart is yours. You are the only one who hold this. After all the pain and happiness and I eventually believed there is no help and love only with You. 

Alhamdulillah.

So, the holiday starts. Make it meaningful with good deeds for our iman, ourself, and the ummah too. InsyaAllah. 
Take care, fi hifzillah. :)

Labuan airport. Love letter from Asmirah. ILY ukhty :)

P/s: Mencintai tidak semestinya memiliki. Apa yang dicinta, usahalah untuk dapatkan, andai terlepas, yakinilah ia antara belum milik kita atau bukan milik kita. Berdoalah yang lebih baik terjadi dan dimiliki.

Dalam mencinta, belajarlah juga mencintai apa yang tidak dimiliki. Hati lebih tenang dan lebih mudah menerima ini semua adalah daripada aturan perancangannya Dia juga.

Alhamdulillah

Terima kasih, Allah :)

Sunday, February 17, 2013

Kempen Menutup Aurat & Street Dakwah Anjuran #TeamHijrahKelantan


Assalamualaikum wbt

InsyaAllah kali ni nak cerita pasal kempen tutup aurat dan street dakwah. Event ni berlaku semalam. Alhamdulillah diberi keizinan, kelapangan dan kesihatan untuk hadir. Alhamdulillah
Sesiapa yang masih blur-blur dengan apakebenda #TeamHijrah ni meh nak share cerita sikit. Sekadar pengetahuan dan pemahaman peribadi sendiri lah k. #TeamHijrah ni kumpulan, geng-geng, puak-puak, orang yang MAHU MENGUBAH DIRI ke arah kehidupan yang lebih baik melalui, penampilan, pergaulan, percakapan, dan lenggok perlakuan. Dengan izin Allah.  Tak pasti  #TeamHijrah founder who is she tapi saya yakin ia berasal dari Twitter seperti #TeamKhemah oleh Aisyah Syakirah sebelum diwujudkan group di FB untuk mengumpulkan orang dan alhamdulillah, boleh bergerak sehingga ke dunia luar nak mengajak orang untuk berubah! Allahu akbar! Semangat jihad cerminan Rasulullah.

Kami

IMG-20130216-01333

Jam 8.40 pagi aku sampai di Masjid Muhammadi Kota Bharu, daftar diri, slot ceramah dan pembahagian group. Semuanya ada 7 group, aku diamanahkan untuk handle satu group ini yang semuanya comel-comel belaka. Gembira dapat berkenalan dengan kalian. Group kitorang diberi tugas buat sepanduk kecil. Yang mana atas kertas tu kami tulis kata-kata semangat, motivasi, nasihat, amaran dan tawaran bagi 
sesiapa yang menutup aurat atau melanggar suruhanNya

IMG-20130216-01347
IMG-20130216-01353
Doakan adik ni bila besar nanti jadi abang, suami, bapa dan datuk yang baik kepada keluarganya dengan mengajarkan adik, isteri, anak2 & cucunya menjadi wanita solehah dunia & akhirat. Ameen.

IMG-20130216-01356

IMG-20130216-01354

Macam masuk pertandingan melukis kan? Best pulak main conteng-conteng camni. ^__^


IMG-20130216-01361

Hasilnyaa...

IMG-20130216-01358


IMG-20130216-01364

IMG-20130216-01365
IMG-20130216-01366
IMG-20130216-01367

Adik kat depan 2 orang ni baru 15 tahun, Form 3, tapi sudah mula berjinak-jinak join program dakwah seperti ni. InsyaAllah 3-4 tahun lagi diorang plak yang akan creat event sendiri yang lebih besar dan baguss lagi. Saya doakan mereka :')

Masa ni kami dah nak bergerak ke street dakwah. Sesambil tu edar pamplet. Ada yang menyambut dengan baik & ramah, tak kurang juga yang menolak dan ada yang ambil tapi masam mencuka mukanya. Hewhew. Group aku dan Wani, my fasi partner dapat sekitar Parkson. Alhamdulillah suka tempat ni. Strategik untuk buat street dakwah sebab kat sana ramai orang. Dia ada traffic light kat situ yang mana sangat sesuai untuk berdiri kat tengah-tengah tu sambil pegang banner buatan sendiri. Walaupun tak sehebat mana rupanya tapi insyaAllah mesej yang ditulis itu dari hati. Yang dari hati mesti terkesan di hati juga ;)

IMG-20130216-01368

IMG-20130216-01369
IMG-20130216-01370

IMG-20130216-01372

Hah, gambar ni ada cerita sedih di sebaliknya. Tengok gambar punnn dah nampak sedih kan? Sobs sobs :(
Ceritanya begini, masa perjalanan pergi tu kami lalu di tepi bangunan Parkson di situ ada pasangan couple tengah duk sembang kat bangku. Yang lelaki ber T-shirt dan seluar jeans tapi yang perempuannya ber-tshirt lengan pendek, jeans, & tudung singkat xlepas dada. Aku g tempat dorang, bagi salam dan bagi pemplet tu kat diorang. Masa tu muka dorang dah terkejut monkey sikit sebab ingat aku nie ejen pencegah maksiat barangkali? Yelah mungkin sebab kawan aku kat sebelah ni bertudung litup hanya nampak kedua biji mata. Hehe. Tapi cepat2 aku cakap, ''kami tengah buat kempen tutup aurat cikk..boleh baca ni insyaAllah.. Boleh jadi yang lebih baik'' *senyum nampak gigi* Lepas tu dia senyum dan kami beredar. Masa perjalanan balik, aku lalu laluan yang sama dan ini lah yang aku nampak. Aku sangat pasti bangku tu bangku yang sama masa aku bagi pemplet tu kat dorang tapi malangnya hanya ini yang tertinggal... Masa tengok tu, aku sedih, tapi lepas tu aku tersenyum. Entah kenapa. Huhu.. Takpe, yang aku tahu, hidayah milik Allah. Tugas kita hanya menyebar dakwah dan mengajak orang. Hidayah Milik Allah.

IMG-20130216-01374
Bergambar sebelum balik ke masjid. Masa ni ada mat saleh Muslim join skali kami bergambar malangnya tidak ter'save' di dalam handphoneku.

IMG-20130216-01376Tutuplah auratmu ukhti-ukhtiku sayang.
Antum mampu mengubahnya.
InsyaAllah selamat dunia & akhirat.
Aurat Saya Maruah Saya <3


Terima kasih saya tujukan khas kepada ajk-ajk pelaksana dan sponsor Team Hijrah Kelantan kerana wujudkan event ni di Kelantan. Sebelum ni hanya melihat gambar yang dibuat di tempat orang. Bila dapat join sendiri, barulah rasa macam mana pahit manis nak mengajak orang dan yang lebih penting, diri sendiri dapat semangat dan 'jalan' baru untuk berubah.. InsyaAllah. Doakan saya ya untuk jadi seperti ini... ;)


IMG-20130216-01380

P/s: Akan diwujudkan kempen ini di Labuan. InsyaAllah barisan MT SM dan ME Lajnah Dakwah & Kepimpinan Sekretariat Masjid akan lakukan.
#TeamHijrahLabuan soon.. Mohon doanya :')