Friday, July 15, 2011

Kahwin Awal

Assalamualaikum…

Tak dapat tidur. Entah sampai bila penyakit insomia aku ni nak hilang. hmm..

Tetiba terbukak pasal cerita kahwin awal di Facebook. aku tengok blog remaja ini..seusia aku jugak, tapi telah berkahwin, berumah tangga. Memanglah, bila tengok rasa cemburu, nak macam tu jugak. tapi, adakah aku sanggup melalui alam selepas perkahwinan nanti? sudah bersedia? kalau tanya bersedia, sampai mati pun tak akan pernah bersedia. maka, sanggupkah?

Ramai cakap, kahwin awal boleh elakkan maksiat. ya, memang dapat elakkan maksiat. maka dengan itu, haruslah pasangan ini dinikahkan dengan segera kerana dikhuatiri mendekati zina. Tapi, cuba fikirkan hakikat sebenar perkahwinan, bukan hanya sebab itu. bukan. berkahwin sekejap saja, majlis satu hari, renjis2, makan2, jumpa saudara mara, lepas tu siap. Yang lebih penting adalah alam berumah tangga selepas perkahwinan. di mana selepas berkahwin diorang akan menghadapi lebih banyak permasalahan dan memerlukan pemikiran yang dewasa. Masalahnya, dah cukup matangkah aku ni nak menghadapi semua ini?
Petikan dari penulisan Hilal Asyraf dalam blog dia isu kahwin awal ;
Rumah tangga bukan perkara sehari dua.
Rumah tangga bukan hal kamu berdua(lelaki dan perempuan).
Rumah tangga hal ummah pada hakikatnya.
Kita kahwin bukan semata-mata nak halalkan chit-chat kita dalam YM.
Kita bukan berkahwin semata-mata untuk halalkan pegang tangan peluk-peluk.
Kita bukan berkahwin semata-mata nak halalkan telefon kita bergayut-gayut selama ini.
Kita bukan berkahwin semata-mata kerana nak halalkan dating kita selama ini.
Bukan semata-mata itu semua dan bukan.
Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.
Aku takut, dengan berkahwin awal, aku dapat zuriat yang aku gagal bagi didikan yang sempurna.

Aku takut, dengan berkahwin awal, aku tidak mampu mengawal perasaan dan jiwa yang masih remaja ini dengan baik, maka, rumah tangga aku hancur.

Aku takut, dengan berkahwin awal, segala cita-cita dan impian aku, terkubur. aku takut.

Oleh itu, aku rasa, jalan terbaik..aku persiapkan diri aku siap2 dulu sebelum berkahwin.

Nafsu dapat dikawal dengan berpuasa.

Tingkatkan iman kita dahulu, sebelum kita memilih jalan ini.
Kahwin bukan semata-mata melempiaskan hawa nafsu, bermain-main, syok-syok, suka-suka.
Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah. -Hilal Asyraf

4 comments:

+lady yue+ said...

betul2.
aku pun pikir macam tu juga,sbb tu takut kahwen awal.
satu sebab anak...

Unknown said...

kahwin itu sunnah nabi ^^

TantePiya said...

sbb tu org kata nak kawen kena pikiaq habih2.. :D

Nur Addin Sabrena said...

@yus, setuju. nak ada anak di usia ini. aku rasa aku tak sedia lagi.

@feez, mmg kahwin sunnah Nabi, tp untuk kahwin awal, im not ready yet :)

@tante, aahh. byk perkara nak kena pikul lps kawin ni